Apr 17, 2011

Terima Kasih Rakan.. Fokus saya sekarang..

Assalammualaikum..

Cerita pada kali ini sangat menarik.. Pada semesta ini, terdapat dua projek yang telah saya siapkan bersama rakan-rakan BCG. 


1. "Computer Graphic mini project".

2. "Mobile Application Development mini project".

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama dengan saya untuk menyiapkan kedua-dua projek ini.

Anda boleh melihat video kedua-dua projek diatas di laman Facebook saya..

Seperti yang anda lihat, kedua-dua projek diatas merupakan pencapaian saya pada semester ini. Sebenarnya, "Computer Graphic" dan "Mobile" merupakan minat saya pada awal kemasukan saya di Universiti Malaysia Pahang. Fokus saya sekarang ialah "Graphic in Mobile Device" dimana saya perlu menguasai topic "Computer Graphic" dan "Mobile Application".

Berikut merupakan perisian yang saya guna untuk projek ini:

Blander : 3D software
Eclipse: Java IDE

Xcode: IDE for openGL

Apr 9, 2011

Mengapa blog nie x update..

Hahaha.. bapak lame giler x update blog nie.. Ehem ehem...

Seperti biasa saya akan mulakan post ini dengan

Assalammualaikum...

Pertama sekali ingin saya ucapkan maaf kepada mereka yg melawati blog ini. Bukan niat dihati untuk tidak mengemaskini (update) blog ini, sebenarnya terdapat beberapa kesulitan yang saya hadapi sehingga tidak berkesempatan untuk mengemaskini.. 

  1. Pertama, saya sedar bahawa saya bukan "Blog Person" ataupun lebih dikenali sebagai penggemar blog. Saya sedar perkara ini selepas beberapa kali membuat blog. Blog ini bukannya blog pertama saya. Tetapi saya masih gagal konsisten didalam dunia blog ini.
  2. Keduanya, saya dapati bahawa banyak perkara yang ingin saya post didalam blog ini tetapi saya terlupa. Sebagai insan biasa kita tidak dapat lari dari kesilapan, dan lupa untuk post aktiviti merupakan kesilapan terbesar saya.
  3. Akhirnya, masa bukanlah masalah bagi saya untuk mengemaskini blog tetapi perangai dah sifat diri saya yang menghalang dari konsisten dalam setiap perkara.
Mulai dari sini saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini sebaik mungkin, atau mungkin saya akan terus dikuasai sifat malas untuk mengemaskini. Tetapi bagi mereka yang membaca blog ini, terima kasih dah teruskan usaha anda.

Nov 19, 2010

Bermula cuti semester..

Asslammualaikum...

Akhirnya bermulalah cuti semester yang ditunggu-tunggu. Walaupun saya sendiri tidak pasti apa yang patut saya lakukan cuti kali ini, tetapi saya berharap cuti kali ini lebih bermakna dari cuti yang sebelumnya. Semester 3 berjaya saya lalui dengan mudah, kini saya bersedia untuk melangkan ke semester 4.

Banyak kisah suka dan duka saya lalui semester ini. Pelbagai pengalaman baru saya telah lalui dan saya bersyukur kerana diberi pengalaman sebegini banyak. Pertamanya banyak pertandingan multimedia yang saya sertai semester ini. Tidak seperti semester sebelumnya, pertandingan semester ini nampak lebih menarik dan mencabar. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya Shafwan dan Nazar kerana berjaya memenangi "ASEAN-Korea multimedia competition 2010" melalui video mereka "Wakeup". Saya sebagai salah seorang ahli kumpulan mereka berasa sangat bersyukur dan berbangga, moga pemergian kalian ke korea akan disertai dengan pelbagai pengalaman manis.

"Wakeup" link:

Banyak juga perkara dan pengalaman baru yang akan saya cuba ceburi pada cuti ini mungkin juga semester depan. Saya juga berharap untuk berjaya dalam pertandingan yang saya sertai. Saya juga berharap saya berjaya menghasilkan "aplication" pada semester hadapan. 

Sekian Terima Kasih.

Nov 4, 2010

Cara melepasi FIREWALL ataupun filter (student-block)..

Assalammualaikum...

Ini merupakan post pertama yang tidak berkait dengan diri saya. Di dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana caranya untuk melepasi firewall ataupun filter (student-block) di rumah ataupun di tempat anda belajar. Mungkin ada yang sudah arif tentang perkara ini tetapi mungkin ada yang tidak tahu.


Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut lagi mengenai firewall ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa perkara yang akan saya terangkan ini adalah perbuatan yang melangar undang-undang dan pastinya ada keburukan. Firewall adalah satu system yang diprogram untuk menapis data yang diterima dari internet. Dengan penapisan ini maka data yang tidak diingini akan disekat. Ibu bapa yang prihatin akan menggunakan firewall untuk menyekat data-data "kotor" dari internet agar anak mereka tidak terdedah kepada bahan "kotor" tersebut. Sememangnya Operating System (contoh : windows, Mac OS X) itu sendiri telah disediakan firewall utuk menyekat laluan (connection) internet mereka. Di sekolah atau institusi pengajian sememangnya akan menyediakan firewall untuk menghalang pelajar atau murid dari melayari laman web yang tidak diingini. 

Jadi kenapa perlu kita melepasi firewall ini? Adakah untuk melayari bahan "kotor"?

Tidak kira apa alasan anda,tetapi bagi saya saya ingin melepasi firewall adalah kerana lawan web yang ingin saya layari ditapis oleh pihak Universiti. Bagaimanakah caranya? Ada sesetengah sekolah menggunakan firewall yang kurang tahap penapisannya dimana firewall tersebut menghalang perkataan contohnya perkataan "PORN", "GAME" ataupun apa saja alamat laman web yang tersimpan didalam bank firewall tersebut. Cara yang mudah untuk melepasi firewall ini adalah dengan:

1. mencari alamat IP (berbentuk nombor contoh: 172.12.0.34) bagi laman web tersebut.
2. untuk mencari IP anda boleh menggunakan CMD dan ping alamat laman web tersebut.
 (contoh : ping www.youtube.com)
3. kemudian masukkan nombor IP tersebut kedalam broswer anda.



Kebanyakkan firewall pada masa kini tinggi tahap penapisannya dan menggunakan algorithm untuk menapis data. Firewall seperti ini selalu digunakan di institusi pengajian terutamanya Universiti. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan "PROXY". Terdapat berjuta proxy di internet dan sememangnya proxy juga ditapis oleh firewall. Proxy ada yang berbentuk "software" dan ada juga yang berbentuk seperti laman web. Disebabkan terdapat berjuta jenis proxy maka tidak semua ditapis oleh firewall dan anda perlu mencari proxy yang sesuai untuk melepasi firewall disekolah anda. Tidak semua proxy boleh membuka laman web yang anda ingini dan mungkin ada yang tidak boleh membuka video atau flash. Ingin saya terangkan bagaimana proxy berfungsi tetapi ini akan mengambil masa yang panjang.



Kenapa ada berjuta "PROXY"?

1. Proxy adalah sebuah server yang menghubungkan computer anda dengan internet. Bezanya proxy dengan sever yang lain proxy tidak menyekat akau menapis mana-mana laman web.
2. Oleh kerana proxy juga merupakan server maka proxy juga memerlukan wang untuk berfungsi (duit elektrik dan sebagainya). Jadi mengapa ramai orang sanggup mengeluarkan wang untuk membina proxy?
3. "Hacker" menggunakan proxy untuk mencuri data dari komputer anda, ini kerana komputer anda akan bersambung dengan server proxy tersebut dan sememangnya data dari komputer anda boleh dicapai dengan mudah oleh pemilik proxy tersebut.
4. Maka proxy tidak selamat digunakan dan sememangnya merbahaya.

Ingin saya ingatkan bahawa jangan sesekali memasukkan password semasa mengunakan proxy. Jangan melayari laman web yang tidak sewajarnya dilayar. Hanya gunakan proxy jika terpaksa. Akhir sekali guna kemudahan yang ada sebaik mungkin.

Jika ada tambahan atau kecacatan harap dimaafkan.

Nov 3, 2010

Hack? Coding? Application?

Assalammualaikum..

Ramai diantara kita yang berangan-angan untuk menjadi "hacker" dan mungkin ada yang cuba menggunakan google untuk mencari bagaimana caranya untuk menjadi seorang "hacker". Tidak dapat dinafikan saya juga menggunakan cara yang sama. Tetapi benarkan kita boleh digelar sebagai "hacker". Pengalaman saya dalam  bidang komputer tidaklah sehebat mana dan apa yang boleh saya katakan pengetahuan saya tentang komputer mungkin lebih tinggi berbanding orang biasa. Saya mempunyai asas "programming" dan "networking". Tidak kurangnya dengan pengetahuan mengenai "hardware" dan "software". Tetapi saya masih gagal untuk "hack" komputer seseorang. Bagi saya "hack" itu bukannya satu perkara mudah, kita perlu mendalami komputer itu sendiri dan tahu bagaimana ia berfungsi. Kita juga perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan "code" yang sesuai untuk komputer faham akan arahan kita. 
Setelah sekian lama melayari internet, saya dapati banyak "tools" atau "application" "hack" dihasilkan oleh mereka yang arif mengenai komputer. Disini dapat disimpulkan bahawa untuk menjadi "hacker" kita perlu mendalami bidang komputer ini secara keseluruhan. Mungkin ada yang tahu menggunakan "tools" untuk "hack". Tetapi ini tidak bermakna anda seorang "hacker". Ketahuilah bahawa bukan semua "hacker" dilebelkan sebagai penjenayah,. Terdapat dua istilah yang digunakan oleh masyarakat cyber untuk "hacker", pertamanya "White hat hacker" dimana mereka dibayar oleh syarikat tertentu untuk menkaji keselamatan perisian mereka dan keduanya "Black hat hacker" dimana mereka melakukan "hack" utuk kepentingan diri.