Oct 31, 2010

New Blog

Assalammualaikum...



Setelah menonton filem "The Social Network", saya telah banyak berfikir tentang kehidupan saya sekarang. Beza antara pelajar di luar negara amat ketara berbanding kehidupan saya. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa saya juga merupakan seorang pelajar tetapi cara kehidupan belajar kami agak berbeza. Ini bukan satu perkara yang baru, sebagai pelajar sememangnya kami sedar akan perbezaan ini tapi setelah selesai menonton filem ini barulah saya sedar, saya patut berubah.


Sebagai pelajar sains komputer (computer science) saya perlukan perubahan yang ketara, jika dibandingkan dengan pelajar luar negara kami sememangnya ketinggalan. Jadi bagaimana utk kami berubah? Perkara ini yang masih mengganggu fikiran saya. Sekarang saya hanya berharap dengan pembukaan blog ini ada satu perubahan dalam diri saya.

Terima Kasih.