Nov 4, 2010

Cara melepasi FIREWALL ataupun filter (student-block)..

Assalammualaikum...

Ini merupakan post pertama yang tidak berkait dengan diri saya. Di dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana caranya untuk melepasi firewall ataupun filter (student-block) di rumah ataupun di tempat anda belajar. Mungkin ada yang sudah arif tentang perkara ini tetapi mungkin ada yang tidak tahu.


Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut lagi mengenai firewall ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa perkara yang akan saya terangkan ini adalah perbuatan yang melangar undang-undang dan pastinya ada keburukan. Firewall adalah satu system yang diprogram untuk menapis data yang diterima dari internet. Dengan penapisan ini maka data yang tidak diingini akan disekat. Ibu bapa yang prihatin akan menggunakan firewall untuk menyekat data-data "kotor" dari internet agar anak mereka tidak terdedah kepada bahan "kotor" tersebut. Sememangnya Operating System (contoh : windows, Mac OS X) itu sendiri telah disediakan firewall utuk menyekat laluan (connection) internet mereka. Di sekolah atau institusi pengajian sememangnya akan menyediakan firewall untuk menghalang pelajar atau murid dari melayari laman web yang tidak diingini. 

Jadi kenapa perlu kita melepasi firewall ini? Adakah untuk melayari bahan "kotor"?

Tidak kira apa alasan anda,tetapi bagi saya saya ingin melepasi firewall adalah kerana lawan web yang ingin saya layari ditapis oleh pihak Universiti. Bagaimanakah caranya? Ada sesetengah sekolah menggunakan firewall yang kurang tahap penapisannya dimana firewall tersebut menghalang perkataan contohnya perkataan "PORN", "GAME" ataupun apa saja alamat laman web yang tersimpan didalam bank firewall tersebut. Cara yang mudah untuk melepasi firewall ini adalah dengan:

1. mencari alamat IP (berbentuk nombor contoh: 172.12.0.34) bagi laman web tersebut.
2. untuk mencari IP anda boleh menggunakan CMD dan ping alamat laman web tersebut.
 (contoh : ping www.youtube.com)
3. kemudian masukkan nombor IP tersebut kedalam broswer anda.



Kebanyakkan firewall pada masa kini tinggi tahap penapisannya dan menggunakan algorithm untuk menapis data. Firewall seperti ini selalu digunakan di institusi pengajian terutamanya Universiti. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan "PROXY". Terdapat berjuta proxy di internet dan sememangnya proxy juga ditapis oleh firewall. Proxy ada yang berbentuk "software" dan ada juga yang berbentuk seperti laman web. Disebabkan terdapat berjuta jenis proxy maka tidak semua ditapis oleh firewall dan anda perlu mencari proxy yang sesuai untuk melepasi firewall disekolah anda. Tidak semua proxy boleh membuka laman web yang anda ingini dan mungkin ada yang tidak boleh membuka video atau flash. Ingin saya terangkan bagaimana proxy berfungsi tetapi ini akan mengambil masa yang panjang.



Kenapa ada berjuta "PROXY"?

1. Proxy adalah sebuah server yang menghubungkan computer anda dengan internet. Bezanya proxy dengan sever yang lain proxy tidak menyekat akau menapis mana-mana laman web.
2. Oleh kerana proxy juga merupakan server maka proxy juga memerlukan wang untuk berfungsi (duit elektrik dan sebagainya). Jadi mengapa ramai orang sanggup mengeluarkan wang untuk membina proxy?
3. "Hacker" menggunakan proxy untuk mencuri data dari komputer anda, ini kerana komputer anda akan bersambung dengan server proxy tersebut dan sememangnya data dari komputer anda boleh dicapai dengan mudah oleh pemilik proxy tersebut.
4. Maka proxy tidak selamat digunakan dan sememangnya merbahaya.

Ingin saya ingatkan bahawa jangan sesekali memasukkan password semasa mengunakan proxy. Jangan melayari laman web yang tidak sewajarnya dilayar. Hanya gunakan proxy jika terpaksa. Akhir sekali guna kemudahan yang ada sebaik mungkin.

Jika ada tambahan atau kecacatan harap dimaafkan.